Friday, 29 July 2011 | 05:02 | 0 Comments

Buat Duit Online dengan Lukisan

Melukis boleh menjadi satu kegiatan mengisi masa lapang. Bagi mereka yang memiliki bakat melukis mungkin akan melukis dengan serius. Setelah sekian lama melukis, banyaklah hasil lukisan yang kita telah dihasilkan. Lukisan-lukisan tersebut mungkin cantik di dinding rumah anda. Tetapi tahukah anda, anda boleh menjual lukisan-lukisan tersebut melalui internet dan mendapat duit darinya? Di sini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara mendapat duit dari lukisan melalui internet.

Lukisan tersebut perlu dihasilkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Lebih baik sekiranya lukisan tersebut disukai ramai dan popular dengan waktu semasa. Lukisan sebegini mudah dijual dan yang lebih baik boleh cetak banyak kali. Lebih banyak dicetak dan dijual, lebih banyak la duit yang akan anda dapat. Sebagai contoh, lukisan yang cantik di dinding boleh dicetak berulang kali dan dijual secara online. Begitu juga lukisan yang cantik di t-shirt boleh mendapat sambutan yang banyak di internet.

Untuk menjual lukisan itu di internet, anda boleh bermula dengan blog seni atau art blog atau website sendiri. Membuat website sendiri adalah lebih baik kerana anda boleh menyusun sendiri halaman website anda dan akan kelihatan lebih profesional. Wbsite yang cantik dan simple lebih mudah menarik perhatian ramai untuk membaca website anda dan membawa kepada jualan. Malangnya website sebegini kebiasaanya perlu dibayar sekurang-kurangnya USD10 setahun. Sekiranya anda tidak hendak bermula dengan website berbayar, anda boleh membuat blog secara percuma seperti di Blogger, Webpress dan sebagainya. Pamerkan lukisan anda, terangkan maksud dan cara anda melukis lukisan itu dan letakkan harga bersesuaian supaya orang yang berminat mudah mengetahui maklumat lukisan itu untuk membelinya.



Sekiranya lukisan itu lukisan minyak yang siap dengan bingkai yang cantik, anda boleh menjual secara online juga. Mereka yang berminat boleh membelinya, tetapi anda perlu menyediakan sistem penghantaran seperti Poslaju atau Fedex untuk menghantar hasil lukisan itu kepada pembeli. Pembeli akan membayar harga lukisan itu termasuk harga penghantarannya. Tunjukkan semua jumlah harga, cara penghantaran dan cara pembayaran di website atau blog anda beserta hari yang dijangka lukisan itu untuk makluman pembeli.

Anda boleh menyertai website yang menjual hasil seni seperti Artbreak, Imagekind dan sebagainya. Anda hanya perlu register dengan website sedemikian, membuat kedai online dan menghantar gambar-gambar berkualiti di website tersebut. Kemudian anda hanya perlu mempromosikan lukisan anda secara online atau offline. Untuk setiap jualan anda akan mendapat komisen dari jualan itu dan website itu akan mendapat keuntungan menjual barang asas lukisan itu iaitu kertas atau frame lukisan tersebut. Cara pembayaran dan penghantaran semuanya dikendalikan oleh website tersebut. Jadi anda boleh fokus untuk menghasilkan lukisan yang cantik dan banyak.

Sekarang anda perlu mempromosikan lukisan anda. Cara yang mudah untuk mempromosikan lukisan anda adalah melalui social network. Anda semua mesti memiliki Facebook, Twitter, Myspace atau sebagainya yang anda sentiasa mengemaskini. Paparkan lukisan-lukisan anda di social network tersebut dan nyatakan maklumat yang ingin diketahui pembeli. Jangan lupa menyertakan link kepada website seni atau art blog anda supaya rakan-rakan boleh melihat lukisan-lukisan anda yang lain.

Anda juga boleh menyertai website e-commerce seperti eBay, Amazon, Craiglist dan sebagainya untuk meningkatkan jualan. Anda perlu register dan menyediakan lukisan itu dan dapatkan sistem penghantaran lukisan kepada pembeli. Website tersebut akan membida lukisan anda dan memdapatkan pembeli. Ramai yang membuat duit melalui website e-commerce ini.

Jika anda mempunyai bakat melukis dan suka mendapatkan duit daripadanya, mulalah melukis sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.