Tuesday, 27 September 2011 | 02:55 | 0 Comments

Kenapa Layout Penting Untuk Buat E-Book?

 E-Book yang menarik dan mudah dijual bukan sahaja memiliki isi kandungan yang bagus tetapi perlu ada ciri-ciri lain yang penting. Untuk membuat duit online dengan e-Book anda, e-Book itu mestilah mempunyai layout yang menarik dan kelihatan professional. Mengapa Layout E-Book ini penting?

Dengan layout yang betul dan menarik, ini akan memudahkan pembeli membaca e-book itu untuk mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki. Layout yang menarik juga mempunyai penyampaian maklumat yang bagus dan kelihatan professional supaya mendapat kepercayaan pembaca. Untuk membuat layout e-book yang baik, terdapat beberapa faktor penting yang perlu difikirkan.

1. Ringkas
Layout yang ringkas akan mudah di baca. Tulis tajuk yang pendek dan straight forward kepada isi penting yang hendak disampaikan. Cara ini pembaca akan terus dapat mengetahui kepentingan membaca e-book anda dan mereka akan terus faham tentang apa yang anda ingin sampaikan

2. Jelas
Layout e-book yang menarik juga perlu jelas di baca. Setiap gambar, teks yang ditulis perlu jelas bersesuaikan dengan jarak bacaan yang biasa pada mata pembaca. Gambar yang kabur atau font yang terlalu kecil akan menyukarkan pembaca dan akan kelihatan bosan.

Untuk perenggan yang panjang perlu ditulis kepada beberapa peranggan yang kecil dengan spacing antara barisan ayat yang  jelas supaya jelas dibaca. Cuba kaji e-book yang menarik dibaca pada pandangan anda dan cuba ubah suai e-book anda sepertinya supaya kelihatan menarik dan jelas.


3. Mudah Dibaca
 E-Book yang mudah dibaca adalah sangat penting kerana inilah tujuan asal anda membuat e-book supaya pembaca boleh membaca e-book anda dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Untuk memastikan e-book anda mudah dibaca anda perlu mengkaji beberapa faktor penting. Anda perlu menggunakan bold, italic, huruf besar bersesuaian dengan format dan perenggan yang anda gunakan. Untuk perkara yang penting, mungkin anda perlu menghighlitekan supaya info berkenaan dapat difaham pembaca.

Tajuk dan isi artikel juga perlu dibezakan dengan size font atau bold supaya pembaca dapat mengenal pasti isi utama yang mereka ingini. Anda juga perlu memastikan ruang antara perkatan, perenggan dengan gambar atau perenggan lain dalam jarak yang bersesuaian dan senang di lihat pembaca. Jangan lupa untuk memastikan ejaan dan tatabahasa perlu betul supaya tidak mencacatkan e-book anda.
Read more
Monday, 19 September 2011 | 11:05 | 0 Comments

5 Langkah Menulis E-book Yang Menarik Perhatian

E-book menjadi salah satu cara membuat duit online yang penting kepada blogger di masa kini. Tetapi masih ada yang membuat e-book, tidak mendapat banyak pembeli atau perhatian pembaca. Maka anda perlu membuat sesuatu untuk meraih banyak perhatian dan pembeli dengan cara kreatif anda untuk menjual e-book anda. Bagaimana anda dapat berbuat demikian? Kita bincang bersama 5 langkah menulis e-book yang menarik perhatian.


1. Pilih Topik yang Menarik.
Untuk mendapat banyak pembeli e-book, sudah tentu anda perlu menawarkan apa yang mereka ingin dari e-book anda. Pembeli e-book akan membeli e-book yang mereka rasa e-book itu boleh memberi maklumat yang mereka ingini dan meyelesaikan masalah mereka.

Anda boleh memilih tajuk yang sesuai dengan mencari topik yang menarik dan hangat di internet, mengkaji apa yang diperlukan pengguna internet di forum atau dengan survey, persoalan yang sering diajukan di forum atau perkara yang anda minati. Buat sedikit kajian untuk memilih keyword yang betul dengan topik pilihan anda dan mencari maklumat di forum atau terus dengan pengguna internet. Dengan cara ini boleh memberi anda idea tentang apa yang mereka inginkan.

2. Gunakan Tajuk yang Menarik
Tajuk yang menarik dan mudah difahami sudah tentu memudahkan e-book anda mendapat perhatian. Pilih tajuk anda boleh membuat mereka tertanya-tanya tentang isi kandungan e-book anda dan mereka merasakan anda ada jawapan tentang apa yang mereka inginkan.

Tajuk itu perlu menggunakan keyword yang betul dan yang selalu digunakan pengguna internet supaya mudah dicari di search engine. Jadikan tajuk itu menarik, pendek tetapi mudah difahamai dan penuh dengan informasi apa yang mereka inginkan.

3. Buat e-book yang Berkualiti
Tulis e-book anda dengan menarik, penuh dengan informasi yang dinginkan pembaca supaya pembeli rasa berbaloi membeli e-book anda. Pastikan anda menulis informasi yang mereka inginkan berkenaan topik tersebut dan dalam bahasa yang mudah difahami. Jika pembeli merasakan berbaloi membeli e-book anda, sudah tentu e-book anda yang lain mendapat potensi yang baik untuk dijual.

4. Padat dan Ringkas
E-book yang ringkas dan padat dengan informasi mudah dibeli kerana harga yang lebih murah dan lebih mudah dibaca. E-book yang tebal dengan banyak mukasurat membuatkan pembeli bosan membaca. Buat e-book dalam 20-30 muka surat bagi meyakinkan pembaca tidak perlu meluangkan banyak masa untuk mendapatkan info yang mereka ingini. Untuk ini, ada baiknya anda memilih topik dengan skop yang kecil supaya mudah diterangkan dalam mukasurat yang sedikit.


5. Testimoni e-book yang Membina
Sebelum anda mula menjual e-book anda, anda boleh mendapatkan komen dari pembaca yang anda kenali dari rakan anda atau yang lebih baik dari kalangan blogger atau mereka yang profesional. Letakkan komen atau testimoni yang membina di awal e-book anda. Komen atau testimoni seperti ini mampu meyakinkan mereka dan menarik perhatian pembaca lain supaya mereka juga ingin mendapatkan e-book anda.
Read more
Wednesday, 7 September 2011 | 08:32 | 0 Comments

Tips Memilih Topik E-Book yang Sesuai

Jika anda layari internet terdapat pelbagai ebook yang merangkumi topik yang luas. Tetapi untuk anda membuat duit online dengan e-book, apakah topik yang sesuai dengan anda? Memilih topik yang betul untuk e-book anda adalah amat penting kerana ia memastikan e-book anda berjaya mendapat sambutan dan jualan. Jika anda memilih topik yang salah, ebook anda mungkin akan menghasilkan jualan yang sedikit.


Topik yang betul akan menaikkan e-book anda. Ianya perlu sesuai dengan kehendak pembeli, menarik dan sudah tentu topik yang popular. Semua ini akan memastikan anda mudah untuk menjual ebook anda. Jadi bagaimana memilioh topik e-book yang sesuai dengan anda?

Cari Keyword yang sesuai
Mencari keyword yang sesuai adalah antara cara yang mudah untuk anda mencari topik untuk ebook anda. Anda boleh menggunakan keyword search tool atau alat mencari keyword di internet untuk mengenalpasti keyword yang popular. Anda boleh mencari keyword untuk kategori yang berbeza sesuai dengan minat anda. Ini juga akan memberi anda idea untuk mengetahui apa maklumat yang sering dicari oeleh pengguna internet.

Survey atau Kajiselidik
Anda boleh membuat survey atau kajiselidik untuk mencari maklumat yang pengguna internet ingin tahu. Anda boleh bermula dengan keluarga atau rakan-rakan anda untuk memberi idea apa yang mereka ingin ketahui. Survey seperti ini boleh dibuat di blog, website, facebook atau newsletter anda. 

Perbincangan di Forum
Jika anda sering ikuti forum atau perbincangan di internet terdapat pelbagai topik yang mereka bincangkan. Dari situ anda boleh mengenalpasti apakah perkara yang sering menjadi perbualan hangat supaya menjadi topik ebook anda. Di forum juga akan boleh mendapat kenalan dan bertukar pendapat tentang sesuatu perkara dan ini juga boleh membantu anda mendapatkan idea untuk e-book anda.


Walau apa pun topik yang anda pilih, anda perlu memastikan bahawa anda mampu mencari maklumat yang dikehendaki, menyusun dengan sistematik dan menulis dengan menarik supaya e-book anda mendapat sambutan. Jika anda menulis e-book berdasarkan minat anda, anda juga perlu mengikuti tips-tips di atas supaya anda boleh membuat duit online dengan ebook anda.
Read more

Bagaimana Menulis Tajuk Artikel yang Hebat dan Berkesan

Apabila anda membaca blog rakan anda, apakah yang akan anda cari? Sudah tentu tajuk artikel yang ditulis rakan anda. Kerana anda akan mencari maklumat yang dicari bermula dengan tajuk artikel yang berkaitan dengan apa yang anda inginkan.

Tajuk artikel anda adalah penting kerana pembaca akan melihat dan menilai tajuk sebelum membaca lebih mendalam isi artikel. Ia seperti pintu atau luaran kedai sebelum anda memasuki sesuatu kedai. Jika keadaan pintu kedai itu menarik, maka anda akan sedia untuk masuk kedalam kedai untuk melihat apa yang menarik ada di dalam kedai itu. Jika tajuk artikel anda membosankan, sudah tentu tiada siapa yang akan membaca artikel anda.

Jadi untuk menulis tajuk artikel yang menarik, terdapat 4 tips yang perlu anda ikuti.

1. Tajuk yang Berguna
Tajuk itu perlulah menunjukkan artikel itu mempunyai maklumat yang berguna kepada pembaca. Jika pembaca ingin mengetahui sesuatu dan mereka merasakan artikel anda memiliki maklumat yang dicari melalui tajuk anda, artikel anda sudah tentu akan dibaca.

2. Rasa Perlu dan Ingin Tahu
Jika anda melihat iklan-iklan di  TV atau akhbar banyak menggunakan ayat yang akan membuat pembaca rasa ingin tahu atau rasa memerlukan sesuatu. Sebagai contoh " Dapatkan Set kuruskan Badan dengan diskaun 50% Sekarang! Selagi Stok Masih Ada!" Ayat seperti ini secara langsung membuatkan pembeli ingin terus mendapatkan maklumat berkenaan produk itu sebelum terlambat!

3. Luar Biasa atau Lain dari yang lain.
Tajuk yang luar biasa akan segera mendapat perhatian. Ini kerana perkara yang biasa sudah menjadi kebiasaan dan boleh jadi sudah lapuk. Tetapi walaupun luarbiasa mestilah dalam logik akal. Dapatkan idea untuk tajuk luarbiasa anda supaya mendapat banyak trafik.

4. Spesifik atau Khusus
Tajuk yang anda tulis juga perlu khusus dan spesifik kepada sesuatu kumpulan pembaca atau sesuatu topik. Jika sesuatu tajuk itu terlalu umum, mungkin maklumat yang sebenar tidak dapat disampaikan kepada pembaca yang tepat. Sebagai contoh "Rahsia Kuruskan Badan 8kg dalam masa 10hari dengan hanya RM44.99 SAHAJA!". Artikel ini benar-benar ditujukan kepada mereka yang hendak kurus dengan cepat dan murah. Angka yang tepat juga menggambarkan artikel ini mempunyai maklumat yang tepat.

Cuba beri latihan untuk memilih tajuk yang sesuai kepada setiap artikel anda. Aplikasikan teknik ini untuk membanyakkan trafik anda.
Read more

Apa Kaitan Hukum 80/20 dengan Artikel dan Blog Anda

Di dalam dunia perniagaan hukum 80/20 adalah suatu hukum yang popular. Apa itu Hukum 80/20?

Hukum 80/20 adalah hukum yang dibuat oleh ahli ekonomi Itali Vilfredo Pareto. Pareto mendapati 80% pendapatan di Itali diterima oleh 20% populati itali. Jangkaan ini menyatakan di dalam apa pun situasi kebanyakkan keputusan dihasilkan dari penyebab yang kecil. Peratus itu boleh berubah antara 90/10 atau 99/1 tetapi kita hanya mencari anggaran sahaja.

Jika anda amati di dunia ini lebih kurang 80% adalah orang miskin atau orang pertengahan tetapi 20% adalah orang kaya. Contoh lain di dalam satu syarikat 80% keuntungan adalah dari 20% pekerjanya atau 20% keuntungan adalah dari 80% pelanggannya dan sebagainya. Jika hendak membeli dikedai, dari 100 orang yang datang melihat barang hanya lebih kurang 20 orang yang akan membeli dan 80 orang yang lain hanya melihat. Ini semua adalah anggaran nisbah tetapi jika anda amati ianya benar-benar berlaku.

Jadi apa kaitan Hukum 80/20 ini dengan blog anda?

Jika anda mempunyai 1000 pembaca blog anda, mungkin 200 yang membaca blog anda dengan betul yang lain hanya melihat tajuk sahaja. Dari 200 yang membaca artikel anda dengan betul mungkin 40 yang berminat membeli produk anda atau mengklik pada iklan adsense anda. 

Secara tidak langsung anda sebenarnya boleh menganggar pendapatan anda dengan mengetahui berapa ramai pembaca blog anda.  Lebih ramai pembaca blog anda maka peratus yang berminat dengan produk anda atau yang akan mengklik pada iklan anda menjadi lebih tinggi.

Jadi dalam membuat duit online dengan blog, nombor atau bilangan adalah antara faktor yang penting. Dengan bilangan pembaca yang ramai, trafik anda akan tinggi dan peratus yang benar-benar membantu anda membuat duit akan lebih tinggi.
Tetapi peratusan ini boleh berubah dengan cara yang betul seperti menulis tajuk yang mendapat perhatian, menulis artikel yang boleh menyelesaikan masalah ramai orang, mempromosikan dengan cara yang berkesan dan sebagainya. Cari teknik-teknik yang berkesan supaya hukum 80/20 akan membantu anda membuat duit onloine dengan blog anda.
Read more
Monday, 5 September 2011 | 10:09 | 0 Comments

5 Cara Mudah Menulis Artikel yang Menarik Perhatian dan Menaikkan Trafik Anda

Artikel anda mungkin mempunyai topik yang menarik. Tetapi bagaimana memastikan pembaca blog anda terus membaca artikel anda supaya anda akan sentiasa mempunyai banyak pembaca blog. Anda menghabiskan banyak masa menulis artikel tetapi sekiranya artikel blog anda tidak mendapat perhatian, trafik anda akan berkurangan dan peluang anda membuat duit online mungkin sedikit.

Di sini kita kongsi 5 cara mudah menulis artikel anda supaya mudah mendapat perhatian.

1. Tanya Soalan
Mulakan artikel anda dengan soalan. Soalan di awal artikel anda akan menyebabkan pembaca artikel anda berfikir dan ada rasa ingin tahu apakah jawapan yang bakal anda tulis dalam artikel anda. Pastikan anda mempunyai jawapan yang dikehendaki.


2. Petikan Cerita Yang Menarik
Anda boleh meletakkan petikan cerita yang menarik di awal artikel anda supaya mudah mendapat perhatian. Jika petikan cerita pendek itu berkenaan artis atau selebriti popular sudah tentu ramai yang ingin tahu cerita selanjutnya.

3. Bayangkan Apa di dalam Fikiran Pembaca
Jika anda mampu menulis artikel yang menyebabkan pembaca membayangkan apa yang anda tulis, anda seakan pengarah filem dan cerita anda sudah tentu mendapat sambutan. Artikel ini menunjukkan anda seorang penulis yang berbakat sehingga pembaca asyik membayangkan apa yang anda tulis. Cuba banyakkan perkataan " bayangkan", " cuba lihat ini", "cuba kenang kembali.." dan sebagainya. Ayat-ayat sebegini mampu membawa fikiran pembaca kepada dunia artikel anda.

4. Gunakan Analogi atau Kiasan. 
Kiasan adalah cara mudah untuk memahamkan seseorang. Mungkin anda boleh gunakan peribahasa atau atau sesuatu yang berkaitan tetapi sesuai dengan fikiran seseorang itu. Sebagai contoh bandingkan ayat, "dadah boleh membunuh diri anda" dengan " Mengambil pil dadah setiap hari seperti peluru-peluru yang anda gunakan untuk menembak kepala anda sendiri". Dengan kiasan, gambaran idea itu lebih jelas dan pembaca mudah memahami apa yang dimaksudkan.

5. Data atau Statistik yang Mengejutkan.
Ramai pembaca lebih menyukai data atau statistik yang mengejutkan kerana pertama ianya adalah fakta yang mudah diyakini. Kedua, kerana ianya sesuatu yang luar biasa. Maklumat sebegini sudah tentu mendapat perhatian dan jika maklumat itu berkaitan diri mereka sendiri sudah tentu mereka ingin mengetahui lebih lanjut.

Cuba pembukaan artikel yang berbeza untuk sesuatu artikel anda. Anda akan lihat sendiri perbezaan trafik anda.
Read more

6 Tips Menulis Artikel Blog Anda dengan Cepat dan Banyak Idea

Menulis artikel boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka yang minat menulis. Banyak idea yang boleh ditulis dalam artikel anda. Ini penting untuk blog anda supaya kelihatan sentiasa update dengan maklumat terkini. Tetapi lama-kelamaan pada sesuatu masa mungkin anda akan kehabisan idea. Jadi bagaimana hendak menulis artikel dengan cepat dan berterusan supaya anda sentiasa ada artikel untuk blog anda.

1. Senaraikan idea untuk artikel anda.
Sebaik sahaja anda mendapat idea untuk menulis artikel di blog anda, senaraikan idea-idea tersebut di dalam nota atau komputer anda. Jadikan reminder supaya anda boleh melihat sendiri idea itu di telefon atau desktop anda. Kemudian cari bahan berkaitan artikel itu dan mula menulis artikel. Senaraikan idea ini untuk memastikan anda tidak akan putus idea apa yang anda hendak tulis seterusnya.

2. Beri masa untuk idea berkembang.
Anda tidak perlu memikir terlalu mendalam untuk mendapat idea artikel anda. Kadang kala idea akan datang kepada anda secara tiba-tiba ketika anda melakukan sesuatu perkara. Dan idea sebegini akan terus berkembang dan terus berkembang di dalam fikiran anda. Lama kelamaan idea itu akan berkembang dan anda akan ada banyak artikel untuk ditulis.

3. Tulis berdasarkan isi penting
Setelah anda mendapatkan idea untuk apa yang ditulis, cari bahan untuk menulis. Anda boleh senaraikan isi penting untuk artikel anda. Paling mudah tulis artikel dalam bentuk senarai seperti " 7 Cara Membuat Duit Online dengan Facebook". Cara ini mudah ditulis kerana isi penting yang disenaraikan dan mudah dibaca. 

4. Simple lebih baik
Artikel anda perlu pendek tetapi padat dengan isi. Artikel dalam kurang dari 500 perkataan lebih cepat anda siapkan dan tidak bosan  dibaca. Susunan sebegini akan menjimatkan masa anda menulis  dan anda boleh menulis artikel lain dalam masa yang singkat.

5. Edit dan Tulis semula jika perlu
Apabila anda mempunyai banyak idea untuk menulis artikel, terus tulis apa dalam fikiran anda. Sekiranya anda buntu dan tidak tahu apa yang hendak ditulis dipertengahan penulisan artikel anda, simpan dahulu di komputer anda. Anda boleh kembali ke artikel anda bila-bila masa untuk menulis semula dengan idea yang lebih baik. Pada masa itu anda boleh edit semula supaya artikel anda kelihatan menarik.

6. Jangan Simpan Idea yang Baik untuk Artikel Anda
Mungkin anda ada banyak idea untuk artikel anda dan anda dapati satu idea itu lebih baik ditulis kemudian kerana topik lebih menarik. Cara ini kurang baik kerana anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan artikel tersebut. Lagipun idea terbaik sudah ada, lebih baik ditulis lebih awal. Mungkin disebabkan artikel itu blog anda lebih popular maka trafik anda lebih banyak. Sekaligus anda sudah menjimatkan masa untuk mempopularkan blog anda. 

Cuba tips-tips ini dan lihat hasil penulisan artikel anda. Makin banyak idea anda makin banyak lah artikel untuk ditulis dan lebih besar peluang anda membuat duit online dengan artikel anda.
Read more
 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.