Wednesday, 7 September 2011 | 08:01 | 0 Comments

Bagaimana Menulis Tajuk Artikel yang Hebat dan Berkesan

Apabila anda membaca blog rakan anda, apakah yang akan anda cari? Sudah tentu tajuk artikel yang ditulis rakan anda. Kerana anda akan mencari maklumat yang dicari bermula dengan tajuk artikel yang berkaitan dengan apa yang anda inginkan.

Tajuk artikel anda adalah penting kerana pembaca akan melihat dan menilai tajuk sebelum membaca lebih mendalam isi artikel. Ia seperti pintu atau luaran kedai sebelum anda memasuki sesuatu kedai. Jika keadaan pintu kedai itu menarik, maka anda akan sedia untuk masuk kedalam kedai untuk melihat apa yang menarik ada di dalam kedai itu. Jika tajuk artikel anda membosankan, sudah tentu tiada siapa yang akan membaca artikel anda.

Jadi untuk menulis tajuk artikel yang menarik, terdapat 4 tips yang perlu anda ikuti.

1. Tajuk yang Berguna
Tajuk itu perlulah menunjukkan artikel itu mempunyai maklumat yang berguna kepada pembaca. Jika pembaca ingin mengetahui sesuatu dan mereka merasakan artikel anda memiliki maklumat yang dicari melalui tajuk anda, artikel anda sudah tentu akan dibaca.

2. Rasa Perlu dan Ingin Tahu
Jika anda melihat iklan-iklan di  TV atau akhbar banyak menggunakan ayat yang akan membuat pembaca rasa ingin tahu atau rasa memerlukan sesuatu. Sebagai contoh " Dapatkan Set kuruskan Badan dengan diskaun 50% Sekarang! Selagi Stok Masih Ada!" Ayat seperti ini secara langsung membuatkan pembeli ingin terus mendapatkan maklumat berkenaan produk itu sebelum terlambat!

3. Luar Biasa atau Lain dari yang lain.
Tajuk yang luar biasa akan segera mendapat perhatian. Ini kerana perkara yang biasa sudah menjadi kebiasaan dan boleh jadi sudah lapuk. Tetapi walaupun luarbiasa mestilah dalam logik akal. Dapatkan idea untuk tajuk luarbiasa anda supaya mendapat banyak trafik.

4. Spesifik atau Khusus
Tajuk yang anda tulis juga perlu khusus dan spesifik kepada sesuatu kumpulan pembaca atau sesuatu topik. Jika sesuatu tajuk itu terlalu umum, mungkin maklumat yang sebenar tidak dapat disampaikan kepada pembaca yang tepat. Sebagai contoh "Rahsia Kuruskan Badan 8kg dalam masa 10hari dengan hanya RM44.99 SAHAJA!". Artikel ini benar-benar ditujukan kepada mereka yang hendak kurus dengan cepat dan murah. Angka yang tepat juga menggambarkan artikel ini mempunyai maklumat yang tepat.

Cuba beri latihan untuk memilih tajuk yang sesuai kepada setiap artikel anda. Aplikasikan teknik ini untuk membanyakkan trafik anda.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.