Dengan layout yang betul dan menarik, ini akan memudahkan pembeli membaca e-book itu untuk mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki. Layout yang menarik juga mempunyai penyampaian maklumat yang bagus dan kelihatan professional supaya mendapat kepercayaan pembaca. Untuk membuat layout e-book yang baik, terdapat beberapa faktor penting yang perlu difikirkan.
1. Ringkas
Layout yang ringkas akan mudah di baca. Tulis tajuk yang pendek dan straight forward kepada isi penting yang hendak disampaikan. Cara ini pembaca akan terus dapat mengetahui kepentingan membaca e-book anda dan mereka akan terus faham tentang apa yang anda ingin sampaikan
2. Jelas
Layout e-book yang menarik juga perlu jelas di baca. Setiap gambar, teks yang ditulis perlu jelas bersesuaikan dengan jarak bacaan yang biasa pada mata pembaca. Gambar yang kabur atau font yang terlalu kecil akan menyukarkan pembaca dan akan kelihatan bosan.Untuk perenggan yang panjang perlu ditulis kepada beberapa peranggan yang kecil dengan spacing antara barisan ayat yang jelas supaya jelas dibaca. Cuba kaji e-book yang menarik dibaca pada pandangan anda dan cuba ubah suai e-book anda sepertinya supaya kelihatan menarik dan jelas.
3. Mudah Dibaca
E-Book yang mudah dibaca adalah sangat penting kerana inilah tujuan asal anda membuat e-book supaya pembaca boleh membaca e-book anda dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Untuk memastikan e-book anda mudah dibaca anda perlu mengkaji beberapa faktor penting. Anda perlu menggunakan bold, italic, huruf besar bersesuaian dengan format dan perenggan yang anda gunakan. Untuk perkara yang penting, mungkin anda perlu menghighlitekan supaya info berkenaan dapat difaham pembaca.Tajuk dan isi artikel juga perlu dibezakan dengan size font atau bold supaya pembaca dapat mengenal pasti isi utama yang mereka ingini. Anda juga perlu memastikan ruang antara perkatan, perenggan dengan gambar atau perenggan lain dalam jarak yang bersesuaian dan senang di lihat pembaca. Jangan lupa untuk memastikan ejaan dan tatabahasa perlu betul supaya tidak mencacatkan e-book anda.
0 comments:
Post a Comment