Adsesne menjadi salah satu cara membuat duit online. Hanya dengan meletakkan iklan ansende di blog atau website anda, dan pembaca blog anda mengklik pada iklan tersebut, anda mendapat duit online. Tetapi bagaimanakah meletakkan iklan adsense anda pada tempat yang betul supaya mendapat rating klik yang tinggi. Di sini terdapat 4 cara terbak meletakkan iklan adsense anda.
1. Bawah Tajuk tetapi Atas Artikel
Ini adalah lokasi yang biasa kita lihat pada blog atau website. Lokasi ini bertujuan memastikan pembaca terus melihat iklan anda tanpa skrol ke bawah. Letakkan iklan yang menarik. Yang paling bagus letak banner dalam saiz 330x250 yang jelas dilihat. Lokasi ini antara yang baik menaikkan ratio iklan anda diklik.
2. Sidebar Kanan.
Secara kebiasaanya, kita membaca dari kiri ke kanan. Dengan meletakkan iklan di kanan sidebar, mata pembaca akan dibawa ke kanan dan mudah untuk dilihat pembaca. Paling baik di bahagian atas kanan sidebar.
3. Antara Peranggan Awal dalam Artikel
Anda boleh meleakkan iklan teks anda di antara ayat atau peranggan. Paling bagus di antara perenggan pertama dan kedua atau kedua dan ketiga. Jika artikel yang anda tulis itu menarik, pembaca mungkin akan membaca sampai habis. Tetapi artikel yang biasa, pembaca mungkin membaca artikel anda pada awal artikel sahaja. Jadi meletakkan iklan teks di awal artikel boleh menaikkan kebarangkalian pembaca mengklik pada iklan anda.
4. Di Atas dan Bawah Artikel
Bagi artikel yang dijangka menarik ramai pembaca, anda boleh meletakkan iklan di atas dan di bawah artikel anda. Cara ini seperti sandwich, artikel di tengah antara iklan. Ini kerana ada kemungkinan pembaca membaca sampai habis. Anda boleh meletakkan iklan teks atau banner untuk cara ini.
Perlu diingatkan lokasi yang diterangkan di atas adalah lokasi yang biasa digunakan para blogger dan mendatangkan klik ratio yang tinggi. Tetapi ini tidak menjamin blog atau website anda akan mendapat klik ratio yang tinggi. Masih terdapat beberapa faktor lain untuk menaikkan klik ratio anda. Untuk keputusan yang bagus, anda boleh mengkaji dengan menukar tempat iklan untuk melihat hasil yang tinggi.
0 comments:
Post a Comment