Ramai pengguna internet masa kini memiliki blog sama ada dengan tujuan berkongsi maklumat dengan rakan atau untuk membuat duit online. Kebanyakkan blogger akan menggunakan adsense sebagai salah satu cara menambah duit online. Ini kerana penggunaannya mudah, sertai secara percuma dan copy paste code iklan anda. Anda mula buat duit online setiap kali pembaca blog anda klik pada iklan anda.
Walaupun penggunaan adsense adalah mudah, untuk membuat duit online dengan adsense anda perlukan usaha yang kecil tetapi berterusan. Pada permulaan blog anda, anda mungkin tidak dapat membuat duit yang banyak dengan adsense. Untuk menambah duit online dengan adsense, terdapat beberapa faktor yang perlu anda beri perhatian.
1. Keyword Yang Sesuai
Iklan dari Google adsense adalah berasaskan keyword. Ini kerana search engine mencari sesuatu berdasarkan keyword. Keyword yang popular mempunyai banyak iklan. Iklan dari adsense juga dikeluarkan berkaitan dengan keyword popular yang digunakan dari artikel anda. Jadi, cari keyword yang popular dan masukkan dalam tajuk dan artikel anda. Ini akan membantu menaikkan iklan yang mendapat bayaran yang tinggi dari pengiklan.
2. Isi Artikel
Artikel yang memiliki content atau isi yang baik boleh menarik ramai pembaca kepada blog anda. Kerana pembaca akan membaca artikel yang menarik dan dapat membantu pembaca itu sendiri. Banyak pembaca bermaksud banyaklah trafik ke blog anda dan potensi pembaca blog anda mengklik pada iklan adsense anda akan lebih tinggi.
3. Lokasi Iklan Anda
Pembaca blog anda akan melihat apa yang menarik perhatian mereka. Jadi untuk pembaca melihat iklan anda, anda perlu meletakkan iklan adsense pada tempat yang betul. Kebiasaannya, letak pada bahagian atas blog anda, supaya pembaca blog akan terus melihat iklan adsense anda tanpa perlu scroll ke bawah. Saiz iklan juga memainkan faktor. Anda boleh mengkaji Saiz iklan dan lokasi iklan yang sesuai dengan melihat google adsense statistik.
4. Trafik
Trafik bermaksud bilangan pembaca yang melawati blog anda. Traffik yang sedikit menyebabkan kebarangkalian pembaca blog anda mengklik pada iklan adsense akan menjadi sedikit. Untuk mendapat trafik yang ramai anda perlu mempromosikan blog anda. Terdapat beberapa cara mempromosikan blog anda sama ada melalui Facebook atau Twitter, mengikuti forum, artikel marketiong juga iklan mulut ke mulut. Cari cara mempromosikan blog anda dan gunakan sepenuhnya untuk menaikkan trafik anda.
Beri perhatian kepada 4 faktor ini, belajar dan pahamkan. Pada permulaan ianya mungkin susah tetapi setelah anda paham, dan nampak hasilnya, anda betul-betul membuat duit online dengan Google Adsense
0 comments:
Post a Comment