Anda sudah tentu selalu mendengar perkataan Ebay di internet. Anda juga mungkin mendengar cerita orang membuat duit online dengan ebay. Tetapi apakah ebay dan bagaimana seseorang tu boleh buat duit online dari ebay?
eBay adalah suatu syarikat dari Amerika yang mengumpulkan pembeli dan penjual segala barang melalui internet. Syarikat ini bermula pada tahun 1995. Ebay boleh dikatakan sebagai platform kepada semua penjual untuk menjual segala macam jenis barang mereka dan platform kepada pembeli untuk membeli barang yang murah secara online. Sejak 1995, telah banyak proses jual beli berlaku melalui ebay sehingga hari ini, ebay masih menjadi salah satu plihan penjual dan pembeli di internet.
Di ebay anda boleh mendapat segala macam barang yang baru atau secondhand. Sama ada perkakas rumah, alat ganti komputer atau pun kereta, baju dan pakaian dan segala macam jenis barang yang anda boleh fikirkan. Sehingga satu tahap ada penjualan organ di US tetapi itu diharamkan. Anda boleh mencari barangan yang anda kehendaki melalui ketegori barang yang anda kehendaki atau search engine.
Bagaimana penjual boleh membuat duit di ebay? Terdapat beberapa cara penjual boleh menjual barangan mereka di ebay.
1. Dengan cara Lelong. Penjual akan senaraikan barang yang hendak dijual dan mula melelong untuk sesuatu jangka masa seperti dalam seminggu. Penjual akan memulakan harga terendah yang boleh diterima penjual dan pembeli akan mula membid ntuk memdapatkan barang tersebut. Pembeli yang membid pada harga tertinggi dalam jangka masa tersebut akan berjaya membeli barang tersebut.
2. Jual pada harga tetap. Penjual boleh menjual pada harga yang ditetapkan Dan pembeli yang membeli pada harga tersebut boleh membeli dengat harga tetap tersebut.
3. Jual pada harga yang boleh ditawar. Penjual bole memulakan dengan Best Offer Price dan pembeli boleh membalas mendapatkan harga yang lebih rendah. Jika diterima oleh penjual, barang tu boleh dijual dengan harga tersebut. Sekiranya penjual tidak menerima harga tawara itu, penjual akan membalas pada harga kedua Best Offer dan seterusnya sehingga berlaku jual beli. tetapi Best Offer sebegini tidak semestinya ada pada semua item. Anda boleh mencari sendiri pada barang yang anda hendaki.
Pembayaran boleh dibuat dengan PayPal atau credit card atau cara pembayaran lain yang dibenarkan ebay seperti Paymate, propay, cek, money order dan sebagainya. Penghantaran boleh dibuat melalui Pos Malaysia, DHL Globalmail dn sebagainya. Penjual perlu memastikan barang yang dihantar dibungkus dalam keadaan baik, mencari sistem penghantaran dan menyatakan masa penghantaran sehingga barang sampai ke pembeli.
Sistem perniagaan online melalui eBay telah berjaya memberi peluang kepada ramai orang untuk membuat duit online. Ianya bergantung kepada usaha dan ketabahan untuk betul-betul berjaya dalam membuat duit online dengan eBay.
0 comments:
Post a Comment