Ada yang mengatakan, anda boleh jual apa saja. Lihat di rumah anda, mungkin ada barang-barang lama yang anda tidak gunakan lagi. Seperti barang mainan atau t-shirt atau jaket lusuh yang anda yang sudah berapa tahun tidak digunakan lagi. Anda boleh jual barang-barang tersebut di eBay. Dari terbiar atau dibuang, ada baiknya anda jual barang tersebut dan mendapat duit online. Tetapi teknik ini boleh memberikan anda duit tetapi untuk jangka masa pendek. Sampai suatu masa, barang-barang lama dirumah anda akan habis dijual.
Sekiranya anda hendak mendapatkan hasil yang lumayan dan berpanjangan dengan menjual barang di eBay, anda perlu mengambil kira beberapa faktor untuk memilih barang yang anda hendak jual di eBay.
1. Popular atau Demand. Item atau barang yang popular sudah tentu mendapat perhatian tidak semestinya di kedai internet juga dimana-mana pasar raya. Anda boleh mengetahui barangan yan popular untuk dijual melalui sedikit kaji selidik. Cuba selidik apa yang banyak dipromosikan di pasaraya atau kedai-kedai. Barang tersebut mungkin popular dan mudah mendapat pembeli dan barangan seperti ini akan berubah-ubah mengikut musim.
Barang yang mendapat permintaan yang tinggi juga adalah niche yang sesuai untuk dijual di eBay. Barang sebegini mudah mendapat pembeli dan anda mungkin boleh menjual pada hara yang lebih mahal. Buat sedikit kaji selidik untuk mengetahui barangan yang popular dan banyak permintaan yang sesuai dengan anda.
2. Mudah Didapati. Untuk mendapat duit dari ebay secara konsisten, anda juga perlu memikirkan sama ada barang yang anda pilih itu mudah didapati. Jika banyak kedai menawarkannya, anda boleh mendapatkan barang itu dengan harga yang murah jika anda secara bundle. Ini bagi memastikan anda sentiasa ada barang untuk dijual supaya pembeli mudah membeli barang terebut secara konsisten.
3. Mudah Diuruskan. Anda juga perlu memikirkan tentang barang yang anda hendak jual, mudah di uruskan, senang dibungkus, senang dibawa, tidak mudah rosak, mudah untuk dihantar dengan courier dan juga mudah disimpan. Jika anda ada masalah untuk menyimpan barang dan tidak mempunyai banyak duit menguruskan pembungkusan dan penghantaran barang tersebut, anda boleh memilih menjual barang melalui dropshiping. Sistem dropshiping bermaksud anda hanya perlu mencari pembeli, dan syarikat dropshipping itu akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran barang kepada pembeli.
Fikirkan barang yang anda hendak jual, kaji selidik sedikit tentang barang yang mudah dijual. Semua ini antara faktor yang membantu anda untuk membuat duit online dengan eBay.
0 comments:
Post a Comment