Adsense adalah sistem dikendalikan oleh Google yang membawa pemilik produk atau service kepada sistem pengiklanan yang terus berkaitan dengan pembaca. Caranya, pemilik produk atau servis akan menyertai Google Adwords dan memilih keyword berkaitan dengan iklannya. Google kemudian akan membaca blog atau website anda untuk mencari keyword yang berkaitan dengan iklan tadi. Setelah anda memasukkan kod html pada blog anda, iklan tadi akan keluar secara automatik bersesuaian dengan keyword dan isi artikel anda.
Google mendapat duit apabila para pengiklan membayar harga iklan dan pemilik blog atau website mendapat duit apabila traffic mengklik pada iklan mereka. Harga yang perlu dibayar oleh pengiklan dinamakan Cost Per Click (CPC) atau harga per klik. Lebih mahal harga CPC untuk keyword iklan itu, lebih banyak duit pemilik blog akan dapat sekiranya banyak traffik mengklik pada iklan tersebut.
Adsense sudah banyak digunakan diinternet dan juga mampu menjadi slah satu cara membuat duit secara online. Tetapi pemilik blog atau website perlu ingat terma dan syaratnya. Anda tidak boleh mengklik pada iklan blog anda sendiri, ini mungkin boleh menyebabkan akaun anda ditutup.
Google Adsense adalah sistem yang berguna, baik kepada pengiklan atau mereka yang memiliki blog atau website. Bagi anda yang mempunyai blog, mulalah menulis banyak artkel dan banyakkan traffic supaya anda boleh membuat banyak duit online dengan Adsense.
0 comments:
Post a Comment