1. Adakah Anda Meminati Blog Niche itu? Secara semula jadi, kita akan suka melakukan perkara yang kita sukai. Jika anda meminati membaca komik, anda sendiri akan mengumpul duit, membeli buku komik dan membacanya sehingga habis siri buku komik itu. Dalam menulis artikel blog, minat adalah sesuatu yang penting untuk anda memilih blog niche anda. Ini akan memastikan anda akan sentiasa berupaya menulis artikel-artikel blog anda untuk diupdate dalam blog anda.
2. Bolehkah anda mendapat banyak idea untuk blog niche anda? Anda mungkin pakar didalam sesuatu hal tetapi bolehkah anda mendapat banyak idea untuk menulis artikel berkenaan kepakaran anda itu. Sebagai contoh anda mungkin pakar dalam menembak tupai tetapi bolehkah anda menulis berpuluh-puluh artikel berkenaan menembak tupai? Anda mungkin perlu mencari topik atau niche yang lebih besar supaya anda mendapat banyak idea untuk menulis. Pilih niche yang mempunyai banyak sumber rujukan bagi memudahkan anda menulis artikel anda.
4. Bolehkah anda membuat duit dengan niche anda? Soalan ini penting kerana anda akhirnya mehu membuat duit dengan blog anda. Anda perlu memilih niche yang menjadi perhatian ramai dan mempunyai keyword yang banyak sepaya mudah dicari dengan search engine. Niche yang banyak keyword kebiasaannya akan mendapat perhatian ramai dan banyak syarikat yang besar berminat membuat iklan dengannya. Niche sebegini boleh memberi anda duit online tambahan berterus dengan blog anda.
0 comments:
Post a Comment