Monday, 8 August 2011 | 00:18 | 0 Comments

Buat Duit Online dengan Blog

Apabila melayari internet untuk mencari jawapan kepada apa yang anda ingin tahu, anda mungkin akan mendapati banyak laman blog yang memberikan jawapan yang anda mahu. Blogging semakin menjadi trend masa kini untuk pengguna internet. Disamping ianya percuma, dengan blogging anda juga boleh mendapat duit secara online. Tetapi mengapa blog, tidak dengan website?.

Blog adalah laman internet seakan-akan website. Tetapi apa yang berbeza adalah blog akan memaparkan banyak post yang sentiasa dikemaskini. Berbeza dengan website biasa, anda akan melihat website itu setiap kali dengan butang dan post yang sama. Ini kerana website lebih kepada himpunan sesuatu produk atau service supaya mudah dicari pelanggan. Seperti contoh website kereta akan memaparkan jenis-jenis kereta mengikut kelas masing-masing. Tetapi blog akan memaparkan post yang terkini seperti diari yang anda selalu tulis. Blog mudah diikuti kerana setiap kali akan memaparkan isu-isu atau berita terkini dari penulisnya.

Jadi sekiranya anda rajin menulis, blog adalah salah satu teknik yang sesuai dengan anda untuk menambahkan duit secara online. Anda boleh bermula dengan mendaftar di laman blog percuma seperti Blogger atau Wordpress. Pilih nama blog yang menarik dan sesuai dengan apa yang anda akan tulis nanti dan pilih blog template yang anda minati. Anda juga boleh menggunakan blog yang berbayar, tetapi sebagai permulaan ada baiknya anda bermula dari yang percuma. Setelah anda selesai membina laman blog anda, anda boleh menulis apa sahaja yang anda minati.



Setelah menulis banyak post atau artikel dalam blog tersebut, anda perlu mempelajari cara-cara membuat duit secara online dengan blogging. Untuk langkah awal, anda boleh menyertai Google Adsense. Adsense adalah iklan yang anda sering lihat di blog-blog atau laman web. Iklan ini berdasarkan keyword-keyword yang sering digunakan. Keyword ini akan bersesuaian dengan tajuk atau niche blog post anda. Sekiranya anda menulis artikel post mengenai penjagaan kucing, maka iklan adsense akan berkaitan dengan kucing. Anda boleh mendapat duit sekiranya ramai pembaca yang melihat blog anda meng"klik" pada adsense tersebut. Lebih ramai yang mengklik, lebih banyak duit anda. Tetapi anda tidak boleh mengklik pada iklan blog anda sendiri, kerana ini akan menyebabkan akaun adsense anda akan dimatikan.

Anda juga boleh mendapat duit dengan program affiliate. Anda hanya perlu mencari program affiliate bersesuaian dengan blog post anda. Cari produk dari website yang menawarkan program affiliate seperti eBay, Amazon, Clickbank dan sebagainya. Kemudian tulis artikel berkenaan produk tersebut sepaya boleh dibaca dan difahami pembaca. Pastikan anda 'link'kan artikel anda kepada produk affiliate tersebut. Sekiranya pembaca berminat dan membeli produk yang anda syorkan, anda akan mendapat komisen dari hasil jualan produk itu. Lebih banyak produk yang anda syor dan dibeli pembaca, lebih banyak peluang anda membuat duit online dengan blog anda.

Ikuti artikel yang lain untuk mengetahui cara membuat duit online dengan Blog.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.