Tuesday, 2 August 2011 | 07:17 | 0 Comments

Buat Duit Online dengan Buat Survey

Apabila anda melihat inbox email anda, anda mungkin mendapat banyak email dari syarikat untuk memenuhi survey atau kaji selidik. Survey sebegini mungkin akan memberi anda duit sekiranya anda berjaya memenuhkan survey tersebut. Tetapi adakah membuat survey atau kaji selidik ini boleh membantu anda membuat duit secara online?

Seperti dengan cara lain membuat duit secara online, jawapannya adalah ya dan tidak. Anda boleh membuat duit dengan menyertai syarikat kaji selidik dan mengisi survey mereka yang dihantar kepada anda. Ia bukan rancangan cepat kaya, tetapi dalam kebanyakan kes, anda hanya akan mendapat wang saku. Walau bagaimanapun, terdapat cara-cara untuk memaksimumkan kecekapan dan kuasa pendapatan usaha kaji selidik jika anda memilih untuk mencubanya.

Sertai laman website kaji selidik. Internet menawarkan sejumlah besar laman survey. Sesetengah laman akan bersangkutan dengan beberapa laman web yang lain, jadi mudah untuk sign up melalui satu web portal laman utama. Secara keseluruhan, rahsia untuk membuat duit dengan laman web kaji selidik adalah dengan menyertai sebanyak mungkin laman web yang boleh dipercayai dan mengambil kesempatan daripada duit yang dibayar mereka setiap hari. Sesetengah laman web portal juga akan menilai pelbagai laman survey supaya anda mempunyai idea yang lebih baik sama ada sesuatu laman web survey itu yang boleh dipercayai atau tidak.



Setelah itu, mula mengambil kaji selidik. Untuk beberapa hari, buat sebanyak mana survey yang anda boleh. Sesetengah laman kaji selidik akan membayar lebih daripada yang lain. Ada yang membayar secara tunai, atau dengan mengira mata. Lebih banyak survey yang dibuat, lebih banyak wang yang anda boleh buat.  Cuba fahami laman-laman web survey dengan membuat nota berapa banyak duit yang  anda dapat dari satu kaji selidik. Anda mungkin mahu mengelak daripada laman web yang hanya memberi ganjaran hadiah cabutan bertuah sekiranya anda mahu memberi tumpuan kepada laman web yang membayar dalam bentuk wang tunai sebenar, atau dalam mata yang boleh ditukar untuk wang tunai.

Cuba fahami apa yang anda perlu buat untuk penuhi survey itu. Anda juga perlu tahu jika pendaftaran adalah percuma atau berbayar. Ini untuk mengelak sebarang kos yang tidak diketahui kelak. Setelah membuat kaji selidik beberapa hari, anda cuba kaji laman web survey yang mana boleh membantu anda membuat duit secara online. Kaji juga berapa had duit yang terkumpul unutuk dikeluarkan setelah survey banyak dibuat. Sebagai contoh jika hadnya rendah seperti USD10,-USD25, had itu mudah dicapai dan lebih cepat anda mendapatkan duit tersebut berbanding had USD50-USD100 yang lebih tinggi.

Cuba lakukan survey seperti ini untuk menbuat duit online. Mungkin vara ini adalah cara pilihan anda untuk membuat duit online tambahan. Ikuti blog saya untuk list website survey yang anda boleh gunakan untuk duit online anda.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.