Tuesday, 2 August 2011 | 06:59 | 0 Comments

Buat Duit Online dengan T-shirt

Sebelum perniagaan internet bermula, penjualan t-shirt adalah perniagaan yang mahal kerana peniaga perlu membeli t-shirt, menyewa syarikat percetakan t-shirt untuk mencetak design di t-shirt. Hari ini, anda boleh memulakan perniagaan menjual kemeja-T secara online dengan mudah tanpa perbelanjaan untuk membeli, mencetak atau inventori. Strategi mudah ini boleh membantu anda mendapatkan wang tambahan ataupun pendapatan sepenuh masa dengan menjual reka bentuk t-shirt anda online.

Jika anda memiliki bakat melukis dan kreatif, anda boleh melukis design rekaan yang anda minati. Rekaan boleh menggunakan tangan atau dengan softwear design seperti Photoshop, Adobe Illustrator dan sebagai nya. terdapat beberapa cara untuk mendapatkan rekaan anda. Buat lakaran rekaan anda dan warnakan mengikut kesukaan anda dengan warna air atau minyak. Kemudian ambil gambar rekaan itu dengan pengcahayaan yang seimbang dan edit dikomputer. Atau anda lukis dikertas kemudian scan rekaan anda dan masukkan di komputer. Kemudian warnakan dengan menggunakan sfotwear Photoshop atau Adobe Illustrator.



Cari laman web portal penjualan t-shirt secara online. Antara yang terkenal di internet adalah Cafepress.com dan Zazzle.com. Anda hanya perlu berdaftar secara percuma dan diberikan kedai maya untuk memulakan perniagaan. Upload gambar rekaan anda mengikut arahan website tersebut dan edit pada t-shirt pilihan anda. Terdapat banyak jenis t-shirt yang disertakan. Lebih banyak rekaan t-shirt yang dibuat lebih banyak pilihan untuk dibeli pembeli.

Website seperti ini akan menjualkan t-shirt dengan rekaan anda apabila ditempah oleh pembeli. Syarikat website tersebut akan mendapat keuntungan dengan penjualan t-shirt asas yang digunakan dan anda akan mendapat keuntungan diatas komisen rekaan anda. Anda boleh memilih jumlah komisen yang diberi anda 10% sehingga 50% bergantung kepada syarikat tersebut. Tetapi jika komisen yang tinggi, harga baju menjadi mahal dan sukar mendapat pembeli.



Dalam menghasilkan duit secara online dengan menjual t-shirt ini, anda perlu mempromosikan t-shirt anda. Anda boleh mempromosikan di blog atau website anda sendiri. Selain itu promosikan di forum-forum t-shirt online atau blog carnival untuk menambahkan potensi penjualan t-shirt anda. Anda juga boleh menyertai program affiliate penjualan t-shirt yang lain untuk menambah duit online anda. Anda akan mendapat komisen diatas setiap penjualan komisen itu walaupun anda tidak mereka design baju-tshirt itu. Disamping anda memakai baju t-shirt rekaan anda sendiri, anda juga boleh membuat duit online dengan menjual t-shirt anda!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.