Adakah anda selalu online dengan Twitter? Twitter menjadi salah satu social network yang berkembang luas di dunia internet sekarang. Anda dapat berkomunikasi atau tweet dengan rakan-rakan anda melalui twitter. Tetapi tahukah anda Twitter juga mempunyai banyak cara untuk membuat duit online. Salah satu caranya adalah dengan Sponsored Tweets.
Sponsored Tweets adalah aplikasi di dalam Twitter yang membawa pengiklan kepada pengguna Twitter untuk mempromosikan produk masing-masing melalui iklan. Pengiklan akan menawarkan iklan kepada anda untuk setiap tweet dan anda boleh menetapkan harga untuk setiap tweets. Jika anda banyak folower di Twitter dan rajin tweet, anda boleh membuat banyak duit dengan Sponsored Tweets.
Setelah sign up, anda perlu meletakkan keyword tentang perkara yang anda selalu tweet kepad rakan-rakan anda. Keyword ini penting supaya memudahkan advertiser yang sesuai akan menawarkan iklan kepada anda. Lebih banyak perkara atau keyword yang anda tweet, lebih banyak peluang anda mendapat tawaran iklan.
Setelah itu anda akan ke satu bahagian untuk menetapkan harga tweet anda. Harga tweet sebenarnya bergantung kepada status anda sama ada terkenal sebagai contoh celebrity dan ramainya folower anda. Anda perlu meetapkan harga yang berpatutan. Jika harga yang terlalu mahal mungkin sukar mendapat tawaran iklan kecuali anda sangat-sangat terkenal.
Kemudian apa yang anda perlu buat adalah, tunggu segala tawaran iklan yang ada dan mula tweet kepada rakan-rakan anda. Semakin lama anda tweet dan semakin banyak folower anda, harga per tweet anda akan meningkat. Di Sponsoed Tweets accont ada meletakkan harga yang dicadangkan tetapi anda boleh mengubah kepada harga anda sendiri.
Anda juga boleh mendapat komisen dengan referral kepada rakan yang lain yang mahu menggunakan Sponsored Tweets. Setelah lama bertweet, anda hanya perlu nikmati duit yang anda kumpul dari Sponsored Tweets anda. Jangan lupa mendapatkan email dari advertiser di setting akaun anda, kerana mungkin ada tawaran yang lebih hebat menanti anda.
0 comments:
Post a Comment