Artikel Marketing adalah salah satu cara untuk anda mempromosikan blog anda. Anda hanya perlu menghantar artikel anda kepada article directory seperti Articlebase, Ezinearticles, Ehow dan sebagainya. Tujuannya supaya anda boleh menarik trafik dari website article directory tersebut kepada blog anda.
Tetapi cara penulisan artikel di blog anda dan artikel kepada article directory tidak sama kerana tujuan yang berbeza. Artikel di blog anda adalah untuk memberi info kepada pembaca blog anda tetapi artikel di article directory adalah sebagai pintu yang menarik pembaca article directory kepada blog anda.Untuk menulis artikel yang dihantar ke artikel directory adalah sedikit berbeza. Di sini diterangkan beberapa faktor untuk dikongsi bersama.
Tajuk Artikel
Anda boleh memilih artikel yang dijangka menarik perhatian pembaca dari blog anda. Tetapi anda perlu memilih tajuk yang menarik untuk artikel tersebut. Ini bertujuan menarik perhatian pembaca kerana sebelum membaca artikel, pembaca akan membaca tajuk dahulu. Pilih tajuk yang spesifik kepada artikel anda, jelas dan menarik supaya mudah mendapat perhatian.
Isi Artikel
Setelah memilih artikel yang menarik dan memilih tauk yang sesuai, anda boleh menambah artikel pada artikel directory. Tetapi anda menulis sebahagian sahaja dari artikel anda supaya menimbulkan rasa ingin tahu kepada pembaca. Anda perlu menjelaskan mereka sekiranya mereka ingin mengetahui lebih lanjut sila baca blog anda. Sekiranya pembaca ingin mengetahui lebih lanjut, mereka perlu klik pada link yang membawa kepada blog anda. Ini akan memberikan banyak trafik keada blog anda.
About Author
Di sini adalah tempat untuk meletakkan siapa anda dan sedikit biodata anda supaya diketahui pembaca. Jangan lupa sertakan link kepada blog anda supaya mudah pembaca artikel directory pergi ke blog anda.
Cara penulisan ini seperti memberi sinopsis kepada artikel anda. Ini juga bertindak sebagai iklan yang membawa banyak trafik kepada blog anda. Lebih banyak artikel sebegini di artcle diractory, lebih banyaklah trafik anda.
0 comments:
Post a Comment