Menulis artikel menjadi asas kepada setiap blogger. Artikel yang bagus akan mendapat banyak perhatian sekaligus akan menambahkan trafik. Jadi, boleh dikatakan, artikel dengan isi yang bagus menjadi penentu trafik selain faktor keyword, SEO dan sebagainya. Selain menulis artikel untuk blog sendiri, anda boleh menghantar ke article directories yang boleh membantu menambah trafik anda. Tetapi bagaimana hendak menulis artikel yang bagus?. Untuk itu, kita kongsi cara penyusunan artikel dan tips menulis artikel untuk menaikkan trafik.
Tajuk Artikel
Tajuk sesuatu artikel adalah penting kerana tajuk artikel adalah yang pertama dilihat pembaca blog sebelum membaca artikel anda. Tajuk juga penentu kepada pandangan pembaca blog. Jika tajuk yang menarik, pembaca mungkin akan terus membaca artikel anda. Jadi, tulis tajuk yang menarik yang mudah dibaca.
Tajuk yang menarik adalah tajuk yang menggambarkan rasa ingin tahu. Kearana banyak pembaca ingin mengetahui sesuatu dan jika anda mempunyai maklumat yang mereka hendak, sudah tentu mereka akan membaca artikel anda. Tajuk juga perlu spesifik kepada isi artikel anda. Jika tajuk artikel anda "Cara-cara membuat kuih raya" apa kata cuba tukar kepada" Cara Mudah Buat Kuih Makmur dari Resepi Temurun". Tajuk yang menarik dan spesifik kepada satu perkara. Jangan janjikan apa-apa yang anda tidak mampu bagi kepastian di tajuk anda. Ini mungkin akan megurangkan kepercayaan pembaca dan trafik anda.
Isi Artikel Anda
Isi artikel adalah yang utaman dalam penulisan. Artikel yang ditulis mesti mempunyai jawapan kepada tajuk yang anda tulis. Lebih mudah buatkan satu perenggan untuk satu isi penting. Jangan tulis perkara yang tidak berkaitan kerana ini akan menampakkan artikel yang panjang, kelihatan membosankan dan artikel anda kurang dibaca. Setiap peranggan boleh tulis dalam 4-5 baris ayat supaya nampak simple.
Cara lain, anda boleh menulis isi penting dalam bentuk list atau senarai. Isi penting anda boleh boldkan supaya senang dilihat pembaca. Untuk artikel yang umum ada baik anda tulis banyak siri artikel dan linkkan siri-siri artikel dengan tajuk berkaitan antara satu artikel kepada artikel berkaitan. Ini memudahkan pembaca melihat sambungan artikel itu tanpa melihat kategori atau halaman yang lain. Ini juga akan menyebabkan pembaca membaca blog anda lebih lama.
Extra-Extra
Bahagian ini adalah extra yang anda boleh tambah di artikel anda. Anda boleh letakkan gambar, video, games dan sebagainya tetapi perlu berkaitan dengan artikel anda. Ini akan menaikkan minat pembaca artikel anda untuk lebih lama. Anda boleh mencari bahan-bahan extra ini di internet yang bersesuaian dengan blog anda.
Cara penulisan ini adalah asas kepada menulis artikel yang bagus tetapi anda sentiasa boleh mencuba cara baru untuk menulis artikel yang lebih baik. Untuk artikel yang dihantar ke Article Directory, anda perlu mengubah sedikit. Untuk mengetahui cara dan kenapa artikel ke directory diubah, ikuti Cara Tulis Artikel untuk Artikel Directory.
0 comments:
Post a Comment