Monday, 5 September 2011 | 10:09 | 0 Comments

5 Cara Mudah Menulis Artikel yang Menarik Perhatian dan Menaikkan Trafik Anda

Artikel anda mungkin mempunyai topik yang menarik. Tetapi bagaimana memastikan pembaca blog anda terus membaca artikel anda supaya anda akan sentiasa mempunyai banyak pembaca blog. Anda menghabiskan banyak masa menulis artikel tetapi sekiranya artikel blog anda tidak mendapat perhatian, trafik anda akan berkurangan dan peluang anda membuat duit online mungkin sedikit.

Di sini kita kongsi 5 cara mudah menulis artikel anda supaya mudah mendapat perhatian.

1. Tanya Soalan
Mulakan artikel anda dengan soalan. Soalan di awal artikel anda akan menyebabkan pembaca artikel anda berfikir dan ada rasa ingin tahu apakah jawapan yang bakal anda tulis dalam artikel anda. Pastikan anda mempunyai jawapan yang dikehendaki.


2. Petikan Cerita Yang Menarik
Anda boleh meletakkan petikan cerita yang menarik di awal artikel anda supaya mudah mendapat perhatian. Jika petikan cerita pendek itu berkenaan artis atau selebriti popular sudah tentu ramai yang ingin tahu cerita selanjutnya.

3. Bayangkan Apa di dalam Fikiran Pembaca
Jika anda mampu menulis artikel yang menyebabkan pembaca membayangkan apa yang anda tulis, anda seakan pengarah filem dan cerita anda sudah tentu mendapat sambutan. Artikel ini menunjukkan anda seorang penulis yang berbakat sehingga pembaca asyik membayangkan apa yang anda tulis. Cuba banyakkan perkataan " bayangkan", " cuba lihat ini", "cuba kenang kembali.." dan sebagainya. Ayat-ayat sebegini mampu membawa fikiran pembaca kepada dunia artikel anda.

4. Gunakan Analogi atau Kiasan. 
Kiasan adalah cara mudah untuk memahamkan seseorang. Mungkin anda boleh gunakan peribahasa atau atau sesuatu yang berkaitan tetapi sesuai dengan fikiran seseorang itu. Sebagai contoh bandingkan ayat, "dadah boleh membunuh diri anda" dengan " Mengambil pil dadah setiap hari seperti peluru-peluru yang anda gunakan untuk menembak kepala anda sendiri". Dengan kiasan, gambaran idea itu lebih jelas dan pembaca mudah memahami apa yang dimaksudkan.

5. Data atau Statistik yang Mengejutkan.
Ramai pembaca lebih menyukai data atau statistik yang mengejutkan kerana pertama ianya adalah fakta yang mudah diyakini. Kedua, kerana ianya sesuatu yang luar biasa. Maklumat sebegini sudah tentu mendapat perhatian dan jika maklumat itu berkaitan diri mereka sendiri sudah tentu mereka ingin mengetahui lebih lanjut.

Cuba pembukaan artikel yang berbeza untuk sesuatu artikel anda. Anda akan lihat sendiri perbezaan trafik anda.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.