1. Senaraikan idea untuk artikel anda.
Sebaik sahaja anda mendapat idea untuk menulis artikel di blog anda, senaraikan idea-idea tersebut di dalam nota atau komputer anda. Jadikan reminder supaya anda boleh melihat sendiri idea itu di telefon atau desktop anda. Kemudian cari bahan berkaitan artikel itu dan mula menulis artikel. Senaraikan idea ini untuk memastikan anda tidak akan putus idea apa yang anda hendak tulis seterusnya.
2. Beri masa untuk idea berkembang.
Anda tidak perlu memikir terlalu mendalam untuk mendapat idea artikel anda. Kadang kala idea akan datang kepada anda secara tiba-tiba ketika anda melakukan sesuatu perkara. Dan idea sebegini akan terus berkembang dan terus berkembang di dalam fikiran anda. Lama kelamaan idea itu akan berkembang dan anda akan ada banyak artikel untuk ditulis.3. Tulis berdasarkan isi penting
Setelah anda mendapatkan idea untuk apa yang ditulis, cari bahan untuk menulis. Anda boleh senaraikan isi penting untuk artikel anda. Paling mudah tulis artikel dalam bentuk senarai seperti " 7 Cara Membuat Duit Online dengan Facebook". Cara ini mudah ditulis kerana isi penting yang disenaraikan dan mudah dibaca.
4. Simple lebih baik
Artikel anda perlu pendek tetapi padat dengan isi. Artikel dalam kurang dari 500 perkataan lebih cepat anda siapkan dan tidak bosan dibaca. Susunan sebegini akan menjimatkan masa anda menulis dan anda boleh menulis artikel lain dalam masa yang singkat.
5. Edit dan Tulis semula jika perlu
Apabila anda mempunyai banyak idea untuk menulis artikel, terus tulis apa dalam fikiran anda. Sekiranya anda buntu dan tidak tahu apa yang hendak ditulis dipertengahan penulisan artikel anda, simpan dahulu di komputer anda. Anda boleh kembali ke artikel anda bila-bila masa untuk menulis semula dengan idea yang lebih baik. Pada masa itu anda boleh edit semula supaya artikel anda kelihatan menarik.
Mungkin anda ada banyak idea untuk artikel anda dan anda dapati satu idea itu lebih baik ditulis kemudian kerana topik lebih menarik. Cara ini kurang baik kerana anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan artikel tersebut. Lagipun idea terbaik sudah ada, lebih baik ditulis lebih awal. Mungkin disebabkan artikel itu blog anda lebih popular maka trafik anda lebih banyak. Sekaligus anda sudah menjimatkan masa untuk mempopularkan blog anda.
Cuba tips-tips ini dan lihat hasil penulisan artikel anda. Makin banyak idea anda makin banyak lah artikel untuk ditulis dan lebih besar peluang anda membuat duit online dengan artikel anda.
0 comments:
Post a Comment