Membuat duit secara online dengan menjual barang dari rumah adalah salah satu cara menambahkan pendapatan sampingan. Teknik ini mendapat sambutan di masa kini kerana anda boleh melakukan bisnes menjual barang hanya dari rumah. Tidak perlu menyewa kedai atau mendapatkan khidmat pekerja yang ramai, anda hanya perlukan barang yang hendak dijual, rumah anda sendiri, komputer beserta saluran internet yang bagus dan sistem penghantaran barang yang lancar. Sekaligus semua ini dapat menjimatkan kos, lebih-lebih lagi jika anda memiliki bajet yang sedikit.
Bermula di rumah, cari satu ruang yang selesa seperti bilik yang kurang digunakan. Bilik ini menjadi ruang kerja anda. Anda mungkin perlukan ruang yang besar sekiranya banyak barang yang anda hendak jual.
Dapatkan satu komputer yang bagus beserta saluran internet atau broadband yang lancar. Ini penting kerana anda akan berurusniaga secara online. Di sini anda akan memaparkan produk anda, mendapatkan pelanggan seterusnya mendapatkan bayaran. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pemasar internet yang berpengalaman.
Untuk berniaga secara online, mula fikirkan barangan yang hendak dijual. Anda boleh menjual barangan yang sedia ada dalam rumah anda. Sekiranya anda memiliki barangan terbuang yang masih baik dan boleh digunakan lagi, anda boleh menjual barangan tersebut dengan harga yang lebih murah. Anda mungkin berfikir yang barangan terbuang itu tidak berguna dan tidak ada siapa pun lagi mahu menggunakannya. Tetapi percayalah, mungkin ada rakan-rakan anda atau orang lain yang ingin memilikinya. Barang yang tidak berguna pada kita mungkin berguna pada orang lain. Cara lain ada boleh mendapat bekalan dari kilang-kilang atau kedai tertentu untuk membekalkan barangan itu kepada anda. Jika anda membeli secara pukal dan banyak, anda boleh membeli dengan harga yang murah.
Membuat website adalah sangat bagus sekiranya anda hendak membuat duit secara online dengan menjual barang. Anda boleh membuat website berbayar atau percuma, bergantung kepada bajet anda. Website berbayar lebih bagus kerana anda ada hak sepenuhnya terhadap website tersebut. Harganya mungkin dalam lingkungan USD8 hingga USD14 setahun. Sekiranya anda menggunakan website percuma, mungkin anda mendapat kurang ruang untuk menyimpan maklumat barangan anda. Masukkan maklumat barangan anda beserta gambar barang itu yang jelas beserta harga, cara pembayaran dan penghantaran barang tersebut. Dapatkan maklumat pembeli, nama, nombor IC, alamat dan nombor telefon untuk penghantaran barang.
Terdapat beberapa cara pembayaran untuk pembeli kepada anda. Anda boleh memaparkan nombor bank akaun anda seperti Maybank, CIMB atau sebagainya. Pembeli akam memasukkan duit ke akaun anda. Setelah anda mendapat duit itu atau mendapat bukti duit dimasukkan, barulah anda menghantar barang yang dibeli tersebut. Cara lain, anda mendaftar di PayPal.com dengan email dan bank akaun anda. Pembayar boleh membayar kepada anda melalui kredit kad melalui PayPal ini dan terus masuk ke akaun anda.
Penghantaran barang boleh dibuat melalui sistem penghantaran barang seperti PosLaju, Fedex, Gedex dan sebagainya. Anda perlu berdaftar dengan sistem tersebut dan kenal pasti kos-kos penghantaran. Biasanya kos penghantaran bergantung kepada berat barang yang hendak dijual. Kos-kos tersebut perlu dimasukkan kepada jumlah harga barang yang dibeli. Selain menghantar sendiri, anda boleh menjual barangan anda di laman web portal penjualan barang seperti, eBay, Amazon, Lelong.com.my, Mudah.com.my dan sebagainya. Disini terdapat ramai penjual dan pembeli berkumpul berurus niaga secara online.
Seterusnya, anda promosikan barangan anda melalui cara online atau offline. Cara offline bermaksud anda menggunakan iklan yang tidak menggunakan internet iaitu iklan di surat kabar, majalah, kain rentang dan sebagainya. Promosi secara lisan kepada kawan-kawan boleh membantu meningkatkan jualan anda. Promosi secara online boleh dilakukan melalui Facebook atau Twitter anda, laman web atau blog anda sendiri atau dengan memasuki forum-forum berkaitan barang yang hendak dijual.
Teruskan usaha anda. Dengan sistem dan cara yang tersusun, menjual barang secara online boleh menambahkan pendapatan anda dengan buat duit online.
0 comments:
Post a Comment