
Blogging menjadi salah satu perkara rutin untuk blogger. Anda mungkin mempunyai blog dan sentiasa update kan blog anda. Tetapi tahukah anda walaupun anda mempunyai blog, blog anda ada risiko untuk hilang atau artikel yang anda post mungkin hilang disebabkab anda tidak sengaja deletekan blog atau artikel anda.
Jadi bagaimana untuk mengelak perkara ini berlaku?. Jawapannya Backup Blog anda. Backup blog amat berguna sekiranya perkara di bawah berlaku kepada anda.
1. Blog anda hilang atau dihentikan akaunnya.
2. Anda secara tak sengaja mengdelete post artikel anda.
3. Anda hendak berhenti menggunakan servis blog pertama dan pindah ke servis blog yang kedua tanpa menulis semua artikel anda.
4. Anda hendak menyimpan blog anda untuk kegunaan sendiri atau masa depan.
Cara bankup blog amat mudah. Jika anda menggunakan Blogger.com, anda Sign In ke akaun blogger anda. Kemudian pergi ke butang Setting > Basic > Export blog.
Setelah tekan butang Export Blog, dialog Expot Blog akan keluar. Terus tekan Download Blog
Window save file akan keluar, pilih Save file dan simpan di komputer anda. Backup blog anda akan disimpan dalam format .xml.
Dengan menyimpan backup blog, anda sentiasa ada backup sebelum perkara yang tidak dingini berlaku. Setelah menyimpan backup blog, blog anda yang sedia ada akan masih berfungsi seperti biasa. Semua ini adalah langkah menyelamatkan blog anda kerana blog anda adalah sumber buat duit online anda.
0 comments:
Post a Comment