Anda memiliki produk yang mahu dijual di eBay. Anda sudah menyediakan semua info atau maklumat yang dihendaki pembeli. Maka anda paparkan di ebay listing anda. Tetapi masih kurang mendapat sambutan. Mengapa jadi begini?
Di dalam dunia perniagaan online, sama seperti berniaga di kedai, pembeli akan menilai kesemua faktor berkaitan produk, kedai, servis, tawaran hebat dan penjual sehingga layanan yang diberikan oleh pihak penjual.
Sebagai contoh, anda hendak mendapatkan bantuan cara menguruskan badan di suatu kedai. Kedai kelihatan bersih, pakaian pekerja yang kemas, servis yang pelbagai dengan harga diskaun yang hebat serta jaminan untuk langsing dalam masa yang dijangkakan. Tiba-tiba datang pekerjanya terus berkata dengan selamba kepada anda tanpa usul periksa, "Akak ni mengandung ke? Kalau mengandung tak boleh ikut sliming program ni". Mesti lah anda akan tersinggung, padahal anda kelihatan gemuk dan mahukan pakej sliming program yang ditawarkan, tetapi disebabkan kata-kata pekerja yang tidak sensitif itu, anda mungkin tidak akan datang ke kedai itu lagi. Lagi pun, siapa lah ibu yang sedang mengandung mahu menyertai sliming program sekiranya dia tahu sliming program itu boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Jadi untuk berjaya dengan bisnes online di eBay, anda perlu memahami beberapa faktor yang remeh tetapi penting kepada pihak pembeli. Disebabkan berniaga secara online anda hanya boleh menerangkan kepada pelanggan berkenaan produk anda melalui sekeping halaman laman web sahaja, di sini dibincangkan beberapa faktor yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian pembeli.
Bahasa yang Formal dan Betul.
Apabila anda menerangkan sesuatu produk, anda perlu memastikan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang standard dan mudah difahami oleh kebanyakan pembeli. Jika dalam bahasa melayu, sudah tentu tidak menggunakan dialek sesuatu kawasan sahaja. Bahasa yang digunakan juga perlu formal, mudah difahami dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Anda juga perlu memastikan tatabahasa dan ejaan perkataan yang digunakan adalah betul. Ini akan memudahkan pembeli mendapat maklumat tentang produk anda.
Anda mungkin selalu melihat keterangan sebegini di eBay seperti di gambarajah di atas. Dengan latar belakang putih dan sarat dengan perkataan yang sukar difahami. Ini adalah style keterangan yang biasa kita lihat walaupun penuh dengan informasi tetapi ada kekurangnnya. Keterangannya tidak disusun dan sukar untuk pembeli mendapatkan maklumat. Lagi pun ia kelihatan biasa dan tiada yang menarik rasa minat untuk membeli.
Cuba bandingkan dengan persembahan keterangan pada gambarajah di sebelah bawah ini pula. Sudah tentu ada perbezaan kan. Keterangan pada gambarajah disebelah bawah kelihatan lebih terusun, mempunyai maklumat mengikut kategori, menunjukkan gambar berkenaan fungsi produk tersebut dan kelihatan profesional. Ia juga mempunyai background yang selesa dilihat. Ini akan menyebabkan ianya kelihatan profesional.
Gambar yang diambil perlu jelas dan tidak kabur menunjukkan produk itu. Untuk lebih baik, gunakan latar belakang produk itu yang menarik dan tidak serabut. Sebagai contoh gambar produk yang diambil dengan latarbelakang rumah yang bersepah tidak dapat menarik perhatian pembeli. Anda juga boleh mengedit gambar anda menggunakan softwear seperti photoshop untuk mendapatkan gambar yang menarik.
Kesemua faktor tambahan ini adalah bertujuan meyakinkan pembeli tentang kelebihan berurusniaga dengan anda. Dengan keterangan produk yang kemas dan mudah difahami, gambar yang jelas dan kelihatan profesional ia menggambarkan penjual yang profesional dan kredibiliti penjual yang meyakinkan. Maka mudah pendapat perhatian dan pembeli bersedia untuk berurus niaga dengan ANDA!
0 comments:
Post a Comment