Apabila anda menjual barang di eBay, anda akan menjual bersama ramai penjual di eBay. Penjual akan bersaing di dalam platform yang sama di eBay untuk mendapatkan pembeli melalui internet. Boleh jadi penjual yang lain menjual barang yang sama seperti produk anda. Mereka menggunakan platform eBay yang sama, cara yang sama, tetapi bagaimana hendak memastikan pembeli memilih untuk membeli barang dari ANDA?
Kebiasaannya, pembeli akan mencari produk yang mahu dibeli melalui search engine di eBay. Barang yang dicari akan keluar dalam kategori yang sama memaparkan senarai produk yang dicari pembeli. Apabila melihat produk yang diminati, pembeli akan klik pada gambar atau tajuk produk anda untuk melihat dan mendalami produk anda untuk beberapa tujuan.
1. Pembeli mahu mengetahui penjelasan mengenai produk yang dijual, spesifikasi, fungsi-fungsi tertentu, kelebihan menggunakan produk itu berbanding dengan produk yang lain. Pembeli juga ingin memastikan keadaan barang tersebut sama ada baru atau terpakai supaya bersesuaian dengan harga yang akan dibayar.
2. Pembeli ingin mengetahui pengeluar dan penjual produk. Maklumat pengeluar dan penjual adalah penting supaya pembeli dapat memastikan yang mereka tidak ditipu dan mendapat produk dari sumber yang benar dan dipercayai.
3. Pembeli ingin mengetahui cara pembayaran yang mudah disediakan oleh penjual.
4. Pembeli ingin mengetahui proses penghantaran dan jangka masa yang diambil untuk produk tiba kepada pembeli.
5. Pembeli ingin mengetahui tawaran khas dari penjual sekiranya mereka membeli produk tersebut dengan anda berbanding penjual yang lain. Sebagai contoh diskaun yang lebih murah atau hadiah percuma yang diberi kepada pembeli.
Mengapa pembeli perlu mengetahui semua ini? Ini kerana sebagai pembeli, mereka mahu memastikan mereka tidak ditipu dan mendapatkan urusniaga jual beli yang paling menguntungkan dan berbaloi untuk harga yang dibayar. Jika pembeli berpuas hati dengan keterangan produk anda sehingga pembeli berkata "Wahhh, ini berbaloi, saya mesti beli produk ni dari penjual ni sebelum terlambat". Sudah tentu pembeli akan membeli produk itu melalui anda dan bukan dari penjual yang lain.
Secara kesimpulannya, kesemuanya adalah berkenaan pembeli dan apa yang dimahukan oleh pembeli. Kerana dari pembeli anda akan dapat membuat duit online melalui eBay. Maka, anda harus berfikir sebagai pembeli apabila anda hendak menjual barang di eBay dan memastikan anda dapat menjual dan mendapat keuntungan hasil jualan yang konsisten melalui eBay.
0 comments:
Post a Comment