Saturday, 20 August 2011 | 07:41 | 0 Comments

Cara Memilih Syarikat Drop Shipping yang Betul



Drop shipping adalah salah satu cara untuk anda membuat duit online melalui eBay. Drop Shipping bermaksud anda hanya perlu mencari produk dari syarikat yang menawarkan service drop shipping, mencari pelanggan, dan apabila pembeli membayar harga barang tersebut, syarikat itu sendiri akan menghantar barang yang dipesan kepada alamat pembeli. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu menyimpan banyak barang di rumah. Anda juga tidak perlu mengendalikan pembungkusan produk, pembayaran dan penghantaran produk itu. Jadi anda boleh fokus kepada mencari barang yang sesuai dijual dan mencari lebih banyak pelanggan.

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis drop shipping sama ada tempatan atau international. Dan anda boleh memilih daripada pelbagai kategori untuk menjual barang dari barang rumah, elektrik, komputer sehingga pakaian dan sebagainya. Anda boleh mencari syarikat ini melalui internet atau dari website yang menawarkan maklumat syarikat drop shipping. Daripada syarikat-syarikat yang menawarkan drop shipping ini, bagaimanakah anda hendak memilih syarikat yang sesuai dengan anda.

Penghantaran
Anda perlu memastikan bahawa syarikat itu menawarkan servis drop shipping. Jika tidak, anda perlu mengendalikan sendiri urusan pembungkusan dan penghantaran produk tersebut. Dapatkan maklumat jangka masa untuk penghantaran dan kos tambahan untuk sistem drop shipping dari syarikat tersebut. Penghantaran yang cepat dan kos yang lebih murah akan membantu anda untuk menetapkan harga akhir produk tersebut. Anda juga perlu mengetahui sama ada syarikat tersebut menawarkan drop shipping ke luar negara dan negara apakah yang termasuk dalam sistem drop shipping itu. Jika ada, maka anda boleh meluaskan perniagaan online atau eBay anda ke peringkat antarabangsa.

Harga Barangan
Untuk mendapatkan harga yang murah, kebanyakkan syarikat akan menawarkan harga yang murah sekiranya anda membeli secara pukal. Tetapi selalunya pembeli dari eBay atau internet akan membeli barang dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, ketahui jumlah kos harga barang yang dibeli dengan jumlah sedikit dan kos penghantaran bagi membantu anda menetapkan harga akhir produk tersebut.

Stok barangan yang berterusan
Syarikat yang mempunyai stok barang yang berterusan akan menjamin anda untuk membuat urusan jual beli secara berterusan juga. Ini bermakna, anda sentiasa dapat memenuhi kehendak pembeli dan sentiasa dapat membuat keuntungan untuk setiap jualan. Sekiranya barang yangdijual itu jenis pakai buang dan pembeli suka membeli dari anda, anda sudah tentu mendapat sumber kewangan yang berterusan melalui online.

Sekiranya berlaku syarikat pembekal barang tersebut tiba-tiba tidak dapat lagi membekalkan barang kepada anda, maka anda perlu mencari alternatif lain supaya proses jualan akan berterusan. Sekiranya pembeli tidak dapat barang yang dikehendaki dan anda tidak dapat mencari barang alternatif, anda perlu menerangkan keadaan sebenar kepada pembeli dan memberi pilihan kepada barang yang lain atau pemulangan semula wang kepada pembeli. Ini untuk memastikan pelanggan sentiasa mendapat tanggapan yang baik kepada anda dan urus niaga anda.
Video Panduan eBay
Terus dari kilang
Ada syarikat tertentu menguruskan drop shipping sebagai orang tengah. Sudah tentu sebagai orang tengah, mereka akan menawarkan harga produk yang lebih tinggi daripada kilang barang tersebut. Untuk mendapatkan barang yang lebih murah supaya anda mendapat keuntungan yang lebih tinggi, anda juga perlu memastikan anda mendapatkan barang terus dari kilang atau syarikat utama dan tidak dari orang tengah.

Anda boleh mula mencari syarikat yang sesuai untuk produk yang anda ingin jual. Sedikit kaji selidik boleh menemukan anda kepada syarikat drop shipping pilihan anda supaya anda dapat membuat duit online dengan eBay.





0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.