Jika anda melihat di mana-mana website atau blog, kebanyakkan iklan adsense mereka adalah berkaitan dengan apa yang ditulis di artikel mereka. Seperti contoh, jika blog berkenaan buat duit online, maka iklan adsensenya sudah tentu berkaitan cara buat duit internet, tips bisnes online, pay per click (PPC), buat duit dengan...dan sebagainya. Ini bermaksud setiap iklan yang dikeluarkan ada hubungkait dengan apa yang ditulis dalam artikel.
Jika Google tidak memberitahu anda harga bid setiap keyword, terdapat satu website yang membenarkan anda melihat Cost Per Click (CPC) keyword yang anda cari. Anda boleh menggunalkan 7Search.com. Di search engine itu ada fungsi mencari CPC untuk sesuatu keyword. Cuba masukkan keyword yang anda hendak gunakan dalam artikel anda dan nilai sendiri sama ada keyword anda mempunyai bid yang tinggi atau tidak.
Keyword yang mempunyai bid yang tinggi kebiasaannya berkaitan kewangan, pinjaman, insurance, kesihatan, ubatan, softwear, investmenta. Anda boleh mencari sendiri di 7Search.com untuk mengetahui lebih lanjut. Untuk memastikan keyword anda sentiasa up to date, anda perlu sentiasa menkaji keyword yang berlainan kerana nilainya berubah mengikut trend, berita hangat, perayaan dan sebagainya.
Setelah mendapat keyword yang anda mahu, gunakan keyword itu sebaiknya pada tajuk dan artikel anda. Lebih banyak keyword yang anda guna, lebih mudah search engine melihat artikel anda dan iklan adsense anda bakal memberikan keuntungan yang tinggi untuk setiap klik. Tetapi jangan terlalu banyak kerana ini boleh menjadikan pembaca artikel anda bosan dan trafik anda boleh berkurangan. Memilih keyword yang betul membolehkan anda membuat duit online dengan Adsense.
0 comments:
Post a Comment