Sunday, 21 August 2011 | 09:56 | 0 Comments

Pro dan Cons Iklan Adsense. Apa Kebaikan dan Kekurangan Duit Online dengan Adsense?

Bagi blogger yang sudah lama membuat duit dengan blog, adsense menjadi salah satu pilihan mereka. Mudah disertai dan mendapat duit online dengan pay per click. Tetapi terdapat juga blogger yang memilih website alternative kepada adsense untuk sebab-sebab tertentu. Jadi apakah kebaikan dan kekurangan Adsense sehingga blogger memilih website alternatif kepada Adsense?

Pros Adsense
Adsense adalah baik untuk blogger dan webmaster kerana beberapa perkara.

Dengan menggunakan adsense, blogger hanya perlu meletakkan iklan adsense di blog anda. Disebabkan anda mendapat duit secara pay per click, anda tidak perlu risau tentang iklan adsense anda. Iklan adsense akan mengeluarkan iklan dengan tema yang sesuai dengan content artikel anda. Anda hanya perlu fokus kepada membanyakkan trafik dan menulis artikel yang baik bagi mendapat perhatian pembaca.

Dengan adsense, anda hanya memerlukan satu akaun sahaja dan boleh meletakkan pada setiap halaman blog anda. Anda juga boleh meletakkan iklan anda pada forum dan email kepada pembaca blog anda melaui newsletter. Ini menambahkan cara membuat duit selain dengan blog anda.

Adsense adalah salah satu cara yang bagus membuat duit online. Mudah disertai dan dipasang pada blog anda. Anda boleh meletakkan iklan adsense anda dimana-mana anda suka. Anda juga boleh mengkaji lokasi terbaik meletakkan iklan adsense untuk mendapat keuntungan yang tinggi. Iklan adsense juga mudah diselenggarakan, anda boleh menukar warna background dan link sesuai dengan blog anda.

Cons Adsense.
Walaupun begitu terdapat beberapa kelemahan adsense sehingga anda perlu mencari alternatif Adsense.

Adsense tidak sesuai untuk blog dalam bahasa melayu. Sebahagian blog melayu tidak dapat kelulusan adsense kerana iklan yang disediakan tidak support kepada artikel bahasa melayu. Jika blog anda dalam bahasa melayu, anda perlu memikirkan alternative Adsense.

Kesan negatif yang paling teruk untuk blogger adalah akaun adsense anda boleh ditutup. Jika anda mengklik pada iklan adsense blog anda sendiri, Google akan mengesan dan akaun anda boleh dimatikan. Bukan itu sahaja, pesaing anda juga boleh berbuat begitu dengan mengklik pada iklan adsense anda, walaupun bukan anda yang lakukan. Ini kerana Google mengenali penipuan klik adsense melalui pattern klik pada iklan anda.

Pendapatan melalui adsense juga tidak selalunya sama kerana ianya bergantung kepada bilangan klik kepada iklan adsense anda. Sekiranya blog anda memilik trafik yang banyak tetapi bilangan klik ( Click Throug Ratio) yang sedikit, anda mungkin perlu memilih sistem iklan yang membayar mengikut bilangan trafik (CPM) anda.

Sekiranya anda menggunakan Adsense, maka blog anda perlu mempunyai banyak trafik, sentiasa menulis artikel yang bagus dan sudah tentu jangan melanggar peraturan Google Adsense.







0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.