Saturday, 20 August 2011 | 08:48 | 0 Comments

Tips Buat Duit Online dengan Drop Shipping Ebay

Anda boleh membuat duit online dengan eBay melalui beberapa teknik sama ada dengan produk sendiri atau pun secara drop shipping. Teknik drop shipping antara teknik yang mudah kerana anda hanya perlu mencari pembeli dan syarikat itu sendiri yang akan menghantar produk kepada pembeli. Untuk berjaya dengan drop shipping sama ada dengan eBay atau kedai online anda sendiri, ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

Terlebih dahulu anda perlu mencari syarikat drop shipping yang sesuai dengan anda. Syarikat itu mesti mempunyai produk yang anda kehendaki dan menpunyai sistem penghantaran yang baik. Semua ini bertujuan memastikan anda dapat membuat jualan secara berterusan. Syarikat dengan produk yang murah dan latarbelakang yang meyakinkan dapat membantu anda untuk mengaut keuntungan lumayan dengan teknik drop shipping di eBay atau kedai online anda. Ini juga membantu dalam menetapkan harga akhir produk yang anda jual.

Harga akhir barang itu adalah jumlah dari harga asas barang, kos penghantaran dan sudah tentu untung untuk diri anda. Bagi barang yang murah, mungkin anda boleh mendapat keuntungan sehingga 100% tetapi jumlah keuntungan adalah sedikit dari nilai RM. Untuk barang seperti ini anda perlu membuat banyak jualan untuk mendapatkan duit yang banyak. Bagi barang yang lebih mahal atau pertengahan, anda mungkin mendapat mendapat keuntungan sedikit dari peratus tetapi dari nilai RM adalah lebih banyak.

Sebagai contoh untuk barang berharga RM10 dan keuntungan jualan anda adalah RM10. Maka peratus keuntungan anda adalah 100%. Tetapi untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM1000, anda perlu membuat 100 jualan.

Jika barang yang lebih mahal berharga RM500 dan keuntungan atas jualan barang tersebut adalah RM50. Maka peratus keuntungan anda adalah 10%. Tetapi untuk mendapatkan jumlah keuntungan sebanyak RM1000, anda hanya perlu membuat jualan sebanyak 20 kali sahaja. Jika dibandingkan sekali lagi, untuk barang yang murah anda perlu membuat LIMA KALI jualan untuk menyamai keuntungan SEKALI jualan untuk harga yang lebih mahal.

Untuk menetapkan harga akhir produk yang ingin dijual, anda perlu memikirkan faktor-faktor tersebut. Maka ada baiknya anda memikirkan keuntungan dari segi nilai RM berbanding peratus. Kebiasaanya penjual akan menetapkan harga keuntungan dalam USD 5-50 bergantung kepada kehendak masing-masing.

Dalam dunia perniagaan sama ada offline atau online, servis adalah elemen penting. Servis bermula dari awal apabila anda mencari pembeli sehinggalah pembeli mendapat barang yang dikehendaki. Servis yang baik dan memuaskan akan menawan hati pelanggan, menaikkan kredibiliti anda dan anda seterusnya akan mendapat pembeli secara berterusan untuk membuat keuntungan yang berpanjangan.

Dalam memberikan servis terbaik, ada beberapa tips yang anda boleh ikuti. Jangan menjanjikan apa yang anda tidak mampu mencapainya. Ada baiknya anda mengambil jalan selamat untuk sesuatu perkara. Sebagai contoh dari segi penghantaran, berikan jangka masa seperti dalam 7 sehingga 14 hari. Ini akan membuatkan pembeli menunggu sehingga hari ke 14 sebelum mereka menarik balik urus jual beli sekiranya barang masih tidak sampai. Ini akan memberi ruang masa sekiranya ada masalah penghantaran yang perlu diselesaikan.

Tetapi dalam memberi gambaran yang urus niaga anda adalah yang terbaik, anda perlu mempercepatkan penghantaran. Sekiranya barang yang dipesan pembeli sampai lebih awal dari yang dijangka, pembeli akan gembira dengan servis anda dan mungkin akan terus membeli barang dengan anda untuk masa hadapan.

Sekiranya berlaku masalah urus niaga seperti barang yang di pesan lambat tiba atau barang yang di terima dalam keadaan rosak, anda perlu SEGERA menghubungi pembeli, menerangkan apa yang berlaku untuk penjelasan. Anda juga boleh menawarkan barang yang sama atau barang yang lain jika tiada alternatif kepada barang yang rosak itu.

Seterusnya, selalu mengkaji selidik urus niaga anda untuk meningkatkan jualan. Anda boleh selidik produk lain untuk dijual dan mencari pembekal alternatif yang lebih baik atau mencari idea baru bagi mempromosikan produk anda. Luangkan sedikit masa untuk kaji selidik kerana ia benar-nebar membantu menaikkan jualan eBay atau kedai online anda.

Video Panduan Lelong

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.