Friday, 19 August 2011 | 10:25 | 0 Comments

Cara mendapat Banyak Trafik ke Senarai Ebay Listing Anda

Pakej Jana Trafik eBaySetelah anda memilih barang yang hendak dijual dan membuat listing atau senarai barang eBay anda, kini masa untuk mencari pembeli. Sekiranya anda tiada pembeli sudah tentu anda tidak akan mendapat duit dari jualan eBay. Untuk itu, anda perlu mencari pembeli atau trafik kepada senarai barang eBay anda supaya anda membuat jualan dan mendapat duit online. Bagaimana cara anda hendak mendapat banyak trafik dan memastikan pembeli membeli barang dari senarai eBay anda?

Jika anda hendak menjual barang sudah tentu anda akan memberi tajuk kepada barang anda. Untuk mendapatkan banyak trafik kepada barang anda, anda perlu memilih keyword atau kata kunci yang mempunyai rating yang tinggi untuk barang anda. Anda boleh mencari keyword yang sesuai dengan wordtrecker atau mengkaji sendiri tajuk yang digunakan oleh penjual profesional yang lain di eBay untuk barang yang sama. Ini memudahkan barang anda dicari oleh search engine dan keluar pada halaman pertama di ebay. Tajuk yang digunakan perlu spesifik, menarik dan  tepat untuk barang anda.

Contoh Gallery Image atau pembesar gambar pada list produk.
Lihat juga background tajuk barang kelihatan berbeza.
Barang yang dijual perlu memiliki gambar supaya pembeli dapat menilai sendiri barang yang hendak dibeli. Gambar perlu jelas dan terang. Kadang kala untuk produk yang sama, gambar yang sama digunakan penjual lain. Lebih baik gambar yang anda gunakan lebih cantik, berbeza dari gambar produk orang lain. Ini memudahkan pembeli scan terus ke gambar anda dan nampak lebih hebat. Ada juga boleh menggunakan Gallery Image supaya gambar barang anda akan dilihat lebih besar secara automatik tanpa pembeli melihat page maklumat khas barang anda.

Senarai barang yang anda tawarkan , anda boleh highlitekan lagi dengan bold untuk tajuk barang yang utama. Anda juga boleh tukarkan background supaya ianya kelihatan berbeza. Anda boleh menukar background tajuk barang anda kepada warna lain dan tidak warna putih yang sama seperti barang orang lain.  Jika anda meletakkan style yang sama, pembeli mungkin tidak memilih barang anda. Jika boleh linkkan page list anda kepada tawaran yang lain supaya pembeli boleh melihat tawaran hebat anda.

Secara asasnya, anda perlu berfikir seperti pembeli, dan ketahui apa yang akan di tulis di search engine untuk mencari sesuatu barang. Dengan cara anda akan mudah mendapat banyak trafik dan membuat duit online dengan eBay.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.