Tuesday, 23 August 2011 | 10:00 | 0 Comments

Top 3 Best Niche untuk Buat Duit Online dari Blog Anda

Apa itu Niche? Apabila anda melayari internet, anda akan melihat banyak blog dan blog tersebut akan memaparkan artikel tentang perkara atau tema tertentu. Maka tema atau perkara yang dibincangkan dalam blog itu lah niche untuk blog tersebut. Jika blog itu banyak mempunyai artikel berkenaan kereta, jenis-jenis kereta, apa konsep kereta terbaru, cara memilih kereta second hand dan semua berkaitan kereta, maka niche blog itu atau temanya adalah berkenaan kereta.

Mengapa memilih niche sesuatu blog itu penting? Ini kerana niche akan memudahkan pengguna internet mencari informasi yang dikehandaki berkaitan sesuatu perkara. Selalunya pengguna internet akan menaip keyword untuk maklumat yang dicari di search engine. Jadi ini akan memudahkan pengguna internet mencari maklumat yang dicari melalui list di search engine.

Sebagai contoh, jika anda ada masalah dengan komputer anda, sudah tentu akan menaip "cara membetulkan komputer" atau "bagaimana nak reformat komputer" disearch engine. Kemudian search engine akan menunjukkan senarai semua halaman blog atau website berkaitan dengan keyword yang dicari. Jika anda menulis blog berkaitan komputer dan cara membetulkannya, halaman blog anda mungkin dipapar pada senarai itu. Dalam contoh ini komputer adalah niche blog itu. Dengan kata lain niche adalah tema sesuatu blog dan keyword yang berkaitan dengan niche itulah yang memudahkan pengguna internet mencari blog anda.

Terdapat banyak niche yang anda boleh pilih untuk blog anda. Antara niche yang popular dan sentiasa mendapat sambutan pengguna internet adalah...

Kewangan
Walaupun sudah banyak blog di internet menulis berkenaan cara buat duit dan sebagainya, niche ini masih dicari pengguna internet. Ini kerana masih ramai mencari cara menambah pendapatan sambilan atau pasif sama ada online atau offline. Mungkin sebahagian mereka pernah menggunakan satu teknik untuk mencari duit lebih tetapi tidak berjaya maka mereka mencari pula cara lain untuk membuat duit tambahan. Jika anda ada teknik baru untuk membuat duit mungkin ini niche untuk anda.

Kesihatan
Banyak perkara yang boleh dibincangkan berkaitan kesihatan tetapi anda tidak perlu menerangkan semuanya. Anda boleh memilih satu perkara seperti cara menguruskan badan, perubatan alternatif atau penjagaan kesihatan kucing anda. Kerana manusia tidak lari dari mendapat penyakit, sudah tentu mereka mencari jawapan kepada penyakit mereka.

Hubungan
Hubungan atau relationship juga antara niche popular diinternet. Ia boleh jadi hubungan dengan rakan, suami isteri, ibu bapa atau dengan alam. Manusia tidak lari dari berhubung antara satu sama lain tetapi masih ada yang mempunyai masalah dalam perhubungan mereka. Anda boleh membantu mereka menyelesaikan masalah hubungan mereka dengan blog anda. Tema ini boleh diperluaskan sebagai contoh menyelesaikan pergaduhan suami isteri, kepentingan mentaat ibu bapa, tips mengukuhkan ukhwah atau sebagainya.

Ketiga-tiga niche di atas adalah niche yang popular di internet tetapi anda perlu memastikan anda benar-benar tahu mengenai niche yang anda gunakan. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang anda minat dan bersemangat untuk berkongsi di dalam blog anda. Kerana minat dan semangat lah yang akan menyebabkan anda sentiasa menulis artikel, mencari cara mempromosikan blog anda sehingga anda dapat membuat duit online dengan blog anda.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Kaya Duit Online | Buat Duit Dengan Internet Dari Rumah © 2010 - All right reserved - Using Blueceria Blogspot Theme
Brought to you by : Cyber Template Best viewed with Mozilla, IE, Google Chrome and Opera.